30 minit ustaz don..

istikharah cinta~~

muhasabah cinta~~~

KACA YANG BERDEBU~~~

Ia  ibarat  Kaca  Yang  berdebu
Jangan  terlalu  keras  membersihkannya
Nanti  ia  mudah  retak  dan  pecah

Ia  ibarat  Kaca  Yang  berdebu
Jangan  terlalu  lembut  membersihkannya
Nanti  ia  mudah  keruh  dan  ternoda

Ia  bagai  permata  keindahan
Sentuhlah  hatinya  dengan  kelembutan
Ia  sehalus  sutera  di  awan
Jagalah  hatinya  dengan  kesabaran

Lemah-lembutlah  kepadanya
Namun  jangan  terlalu  memanjakannya
Tegurlah  bila  ia  tersalah
Namun  janganlah  lukai  hatinya

Bersabarlah  bila  menghadapinya
Terimalah  ia  dengan  keikhlasan
Karena  ia  Kaca  Yang  berdebu
Semoga  kau  temukan  dirinya
Bercahayakan  iman

Wahai Sang Kumbang!!!!

Wahai Sang Kumbang…

Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,

Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,

Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,

Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.

Wahai Sang Kumbang…

Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri

Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,

Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,

Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.

Wahai Sang Kumbang…

Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,

Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,

Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,

Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan.

Wahai Sang Kumbang…

Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,

Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,

Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,

Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.

Wahai Sang Kumbang…

Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,

Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,

Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,

Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.

Wahai Sang Kumbang…

Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,

Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,

Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,

Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati.

For The Rest Of My Life~~~

AL-FATIHAH

addicted with this s0ng!!!layaannzzz

 

AnDai Kau Tahu..~~

andai kau tahu….

betapa hati ini sangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mengenalimu…

walaupun begitu singkat masa untuk aku mendekatimu….

namun…ku tahu kau adalah insan penyayang dan berilmu….

andai kau tahu….

hatiku ini sangat sukar untuk melupakanmu….

jasamu..baik budimu..senyum tawamu….

ahhh…andai bisa ku putarkn masa di saat kita bertemu…

inginku ungkapkan bahawa aku amat menyayangimu…

andai kau tahu….

kita bertemu kerana ilmu….

kita berpisah jua kerana ilmu….

andai tertulis kau untukku…..

pasti suatu saat kita akan dipertemu….

andai kau tahu…

dengan melihat senyummu…

hatiku turut tersenyum sayu….

kerana ku tahu..aku bukan yang terbaik untukmu…

andai kau tahu….

aku mencintaimu kerana kau mencintai Penciptaku…

andai tiada lagi cintamu pada Penciptaku…

maka…hilanglah juga cintaku padamu….

buat Sang Adam yang bertakhta di hatiku….

aku mem0h0n pada Penciptaku…

andai telah ditetapkan aku milikmu….

pertemukanlah kita di suatu saat dengan redha dan restu ….

agar…bahagia melingkari hidupmu dan hidupku….

sesungguhnya…aku tidak pernah berputus asa berdoa untukmu….

Andai Kau Tahu….

aku bukanlah sebaik Siti Khadijah untuk menjadi permaisuri hidupmu….

kerna ku tahu….yang terbaik pasti menunggumu…..

namun….d0aku pada Ya Rabb..xpernah lekang dari bibirku…

sesungguhnyaa….hanya ini yang ku mampu ungkapkan padamu…

m0ga redha Allah tetap bersamaku dan bersamamu …..

benar kata manusia….kita tidak akan menghargai seseorang itu apabila dia dekat dengan kita…

bila dah hilang dari pandangan…barulah kita tahu betapa pentingnya dia dalam hidup kita….

wallahua’lamm…..renung2kan~~~

Berharap Kepada Yang Tak Punya | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Berharap Kepada Yang Tak Punya | iluvislam.com + discover the beauty of islam.